Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dah Boleh Balik Kampung Dengan Syarat 90 Peratus Dewasa Sudah Divaksinasi

Awani
22/09/2021 16:00 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh KKM.

Selain dari itu, Kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan.

Ketetapan lain yang dipersetujui termasuk:

1. Kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa 23 September 2021.

2. Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vaksin bermula 1 Oktober 2021.

3. Pusat/premis/ produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan, memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober 2021 dengan semua pengusaha/operator dan pelawat/pengunjung lengkap divaksin.

4. Kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100% dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin. Sehubungan dengan kelonggaran itu, kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja yang telah lengkap divaksin.

Buat warganegara Malaysia yang tiba di pintu masuk antarabangsa tidak perlu membayar kos ujian RT-PCR, bagi warga asing kos ujian perlu ditanggung sendiri.

Sementara itu, Kerajaan turut menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan disiplin dan tanggungjawab.

Foto: Awani
#Balik kampung #Rentas Negeri #Vaksinasi #90 Peratus
;