Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Dah Boleh Bergerak, Berjalan Sendiri” - Elly Mazlein Syukur Makin Pulih

Mya Amri 10/08/2021 | 09:38 MYT

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein memanjatkan rasa syukur apabila keadaan kesihatannya kini sudah beransur pulih.

Elly memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.

Menurut Elly, dia kini sudah boleh berjalan walaupun secara perlahan.

“Alhamdulillah kak Lina dah boleh bergerak dan berjalan sendiri walaupun agak perlahan.

“Tetapi syukur semuanya baik-baik sahaja. Baby pun sihat. Alhamdulillah, baby dah masuk enam bulan. Doakan kak Lina ya,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, rakan baik kepada Allahyarham Siti Sarah ini juga memohon orang ramai menitipkan doa buat mereka yang telah tiada.

“Bersama kita titipkan doa buat mereka yang telah pergi selamanya dan sangat dirindui.

“Pemergian mu meninggalkan banyak kesedaran. Sedar menghargai kasih sayang suami isteri dan anak-anak

“Sedar melakukan banyak kebaikan. Sedar agar sentiasa membuat baik sesama manusia. Sedar agar tidak mencari musuh.

“Sedar agar tidak menjadi kaki gaduh. Sedar yang Allah itu Maha kaya dan kita ini bukan siapa-siapa,” tulisnya.

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia

Sebelum ini, Elly dimasukkan ke hospital disebabkan masalah tulang belakang.

BACA: Elly Mazlein Masuk Hospital- “Ada Masalah Tulang Belakang, Baby Sihat”, Ramai Doakan Cepat Sembuh

#Elly Mazlein #Kak Lina Pom Pom #Alhamdulillah #Syukur #Kak Lina Pom #Semakin Pulih
;