The power of social media! Kalau di Malaysia Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menggunakan sosial media untuk mendekatkan baginda dengan rakyat jelata, ratu England juga tidak ketinggalan.

Istana Buckingham telah membuka ruang pekerjaan kepada orang awak untuk mengendalikan laman sosial mereka!

Dan yang paling wow! Ialah gaji yang ditawarkan cukup lumayan untuk bekerja secara dekat dengan Ratu Elizabeth.

Menurut iklan di laman LinkedIn, tawaran sebagai Ketua Jabatan Digital itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan, dengan tangga gaji antara £45,000 (RM242,625) - £50,000 (RM269,583) setahun.

Ini bermakna, mereka yang terpilih akan diberi gaji sekurang-kurangnya RM20,000 sebulan.

Antara kelayakan yang diperlukan ialah kemahiran paling tinggi dalam komunikasi digital, kreatif serta berpengalaman mengendalikan laman sosial berprofil tinggi untuk mana-mana individu atau organisasi.

Sumber: Astro Awani