“Dah Boleh Minta Izin, Lepas Tu Kita Kahwin...”-Peminat Bagi Nombor Telefon Bapa, Minta Kucaimars Lamar

Syafiqah Jalal
Januari 23, 2020 09:34 MYT
Penyanyi Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani, 22, terkejut apabila didatangi seorang wanita yang meminta untuk melamarnya.
Wanita yang hanya dikenali dengan nama Izzati itu memberikan nombor telefon peribadi bapanya kepada Kucaimars untuk penyanyi berkenaan meminta izin mereka berkahwin.
“Salam, saya Izzati. Benda yang baik tak elok tangguh-tangguh. 01* ******* ha ni nombor Abah saya.
“Dah boleh minta izin lepastu kita kahwin,” mesej wanita tersebut kepada Kucaimars menerusi mesej di Instagram.
Kucaimars memuat naik paparan skrin mesej peribadi tersebut di entri terbaharu IG miliknya.
Bintang Big Stage 2019 itu dengan berseloroh memberitahu akan menghubungi nombor tersebut.
“Okay ini gentle , sabar jap nak call,” tulisnya dalam kapsyen.
Terdahulu, Kucaimars ada bermain satu permainan di IGStory tentang nama bakal isterinya dan ia menunjukkan nama Izzati.
#Kahwin #Kahwin #Lamar #Kucaimars