"Dah Boleh Tambah Lagi Satu Rasanya" - Isteri Bagi 'Green Light' Pada Fad Bocey

Rozaimi Zubaidi
September 25, 2018 06:51 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey menganggap kemenangan yang diperolehi dalam Super Spontan Xtravaganza (SSX) merupakan rezeki untuk anak-anaknya.
Menerusi entri di Instagram (IG) Fad, isterinya, Nur Syahirah mengakui pengorbanan yang dilakukan selama 10 minggu ini sangat berbaloi apabila suaminya diumumkan sebagai juara SSX.
"Baru dapat rasa nikmat rehat dengan puas yang sebenar. Selepas 10 minggu kitaorang busy dengan Super Spontan. Kadang balik rumah anak-anak semua dah tido. Tak sempat pun nak spend time betul-betul.
"Nasib ada mama abah dengan bibik yang tolong uruskan diorang bila kitaorang tinggalkan kejap dekat rumah. 10 minggu yang berbaloi. Super Spontan ni program yang siapa pun kau, kau ketua kumpulan ke tetap kau boleh tersingkir.
"Tapi kitaorang percaya rezeki tu ada. Mommy selalu pesan kalau tersingkir pun jangan frust. Dah memang adat. Kalau betul rezeki daddy pergi final kita fight, enjoy dan buat betul-betul.
"Kita sejenis tak boleh tengok perfomance dia. Mesti nervous lepastu jadi tak tentu arah kat backstage. Makanya Jumaat haritu dia ditinggalkan dengan PA dia @syah_sopan. Bila time nak umum baru la berani nak tengok. Perasaan tengok daddy jadi juara hanya Allah ja tau.
"Dulu ramai orang cakap kau solo tak boleh pergi jauh. Kita abaikan cakap-cakap orang. Susah senang kita biarlah jadi kenangan kita. InsyaAllah mommy akan terus sokong daddy dari belakang. Percayalah rezeki anak-anak ni besar ganjarannya (DAH BOLEH TAMBAH LAGI SATU RASANYA) tahniah daddy. You deserved this tittle. Terus menghiburkan orang dengan ikhlas," tulisnya.
Rata-rata mengakui kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Fad dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga orang cahayamata.
#Pelawak #Fad Bocey