Pelakon Elvina Mohamad mendedahkan akaun Instagram (IG)nya hampir digodam.

Menerusi Instagram Stories, Elvina berkongsi telah menerima email daripada pihak IG untuk menetapkan semula kata laluannya.

Elvina juga meluahkan rasa marah dengan mengatakan individu tersebut mempunyai perasaan busuk hati.

"Siapa ni ek? Dah bosan dengan life sendiri ke sampai nak hack IG orang! Busuk hati!!" tulisnya.



Selain Elvina, bekas personaliti televisyen Azrinaz Mazhar juga pernah mengalami perkara yang sama.