Dah Bosan Duduk Rumah? Ini Lima Filem Menarik Yang Boleh Dilayan!

Zulaikha Yusof
April 23, 2020 04:23 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah masuk fasa ketiga. Mesti dah mati akal nak tengok filem apa lagi sepanjang berada di rumah.
Buat penonton setia Astro, anda boleh menonton beberapa buah filem yang pasti tidak mengecewakan di Astro Best dan Astro GO.
Gempak kongsikan lima buah filem yang menjadi pilihan di hati:
1. Madu Tiga
'Favourite' ramai orang ini terutama kaum adam! Filem Madu Tiga merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 12 Februari 1964.
Filem arahan dan lakonan Allahyarham P. Ramlee diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
2. Debu-Debu Kasih
Ingat lagi tak filem Debu-Debu Kasih? Merupakan sebuah filem genre cinta dan muzikal Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1995.
Filem ini dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Sham Visa, Aida Aris, Raja Azura, Rosli Rahman Adam dan ramai lagi.
3. Anak Busut
Ini khas untuk peminat filem seram! Filem yang dilakonkan oleh pelakon kacak Yusuf Bahin, Azar Azmi, Wan Hanafi Su mengisahkan tentang seorang anak muda yang bekerja di bandar namun mengalami mimpi ngeri berkaitan datuk dan neneknya di kampung.
Apakah misteri di sebalik mimpi tersebut?
4. Terra Willy
Kanak-kanak mesti suka! Filem berlatar masa depan tersebut berkisah tentang seorang anak berumur 10 tahun bernama Willy yang terpisah dari orang tuanya setelah pesawat luar angkasanya hancur.
Anak ini mendarat di planet misterius dengan ditemani sebuah robot dan seekor haiwan alien. Dalam filem ini juga disajikan beragam teknologi yang begitu canggih.
5. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI)
Mengisahkan tentang adik beradik dalam keluarga Narendra. NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Secara eksklusif Astro Shaw membawakan sebuah filem NKCTHI terus ke pawagam rumah anda!
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula hari ini. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
#Indonesia #NKCTHI #Filem Pilihan