Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dah Bosan Sangat Ke Hidup”- Zizi Kirana ‘Tarbiah’ Netizen Kurang Ajar!

Hanafis Haris
10/12/2020 11:32 MYT
Isu kritikan biadap segelintir netizen sekali lagi ‘menghantui’ penyanyi Zizi Kirana apabila ada yang masih menulis komen secara melampau di media sosial.

Menurut Zizi, biarpun ditegur berulang kali, segelintir mereka tergamak meninggalkan komen sedemikian tanpa mempedulikan perasaan orang lain.

Sehubungan itu, penyanyi yang sedang rancak dengan lagu Eh ini mengambil pendekatan untuk menegur sikap segelintir mereka yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat dan menghukum seseorang tanpa belas ihsan.

"Nak tegur sikit... saya lihat semakin hari semakin ramai yang gemar bagi kritikan dan pandangan tentang kehidupan orang lain di sosial media.

“Apa sahaja isu, pasti ada yang akan bagi kritikan dan menjadi hakim!

"Kalau membina tak apa, tapi kebanyakannya bila baca komen mereka rasa seram pun ada,” katanya.

Tambah Zizi, melihat kerancakan netizen ‘menyembur’ komen sebegitu rupa, mereka seolah-olah macam tak pernah diajar apa itu adab.

"Sebenarnya komen mereka lebih kepada kurang ajar.

“Dah bosan sangat ke hidup ini sampai banyak masa nak jaga hidup orang lain?" katanya.

Untuk rekod, pada Oktober lalu, Zizi Kirana mengambil keputusan tidak membuka laman sosial selama lima hari.

Keputusan itu dibuat kerana rimas dengan pelbagai isu negara yang menjadi perbualan hangat netizen.

#Netizen #Zizi Kirana #Biadap #Media Social
;