Memberi makan saudara muslim yang berbuka puasa di bulan Ramadan adalah merupakan salah
satu amalan yang akan diberi ganjaran besar oleh Allah SWT.

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat
wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas
galakannya ialah:
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya

tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

Namun tahukah anda, di bulan Ramadan yang mulia ini anda boleh meraih dua ganjaran dalam satu
ibadah sahaja?

Jawapannya ya, dengan melakukan Aqiqah sahaja secara tak langsung anda bakal mendapat dua
ganjaran iaitu pahala ibadah Aqiqah serta pahala memberi makan saudara muslim yang berpuasa di
bulan Ramadan.

Aqiqah adalah penyembelihan haiwan ternakan tertentu yang dilakukan untuk kelahiran anak yang
baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Ibadah Aqiqah lebih afdal dilakukan pada hari
ketujuh kelahiran bayi dan hukumnya sunat muakkad.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk melaksanakan Aqiqah anak anda yang mungkin tertangguh
itu di bulan yang mulia ini bersama EZ Qurban.

Berita baik buat anda, sempena Ramadan ini EZ Qurban menawarkan promosi Aqiqah bermula
Rm299 sahaja sempena program Kita Kongsi Ramadan.

Dengan EZ Qurban, ibadah Aqiqah yang dilaksanakan bukan saja akan mendapat gandaan amalan,
malah dagingnya pula akan diagihkan kepada saudara Muslim di Malaysia dan di luar negara yang
memerlukan untuk berbuka puasa.


EZ Qurban berpengalaman dalam menguruskan ibadah Aqiqah selama 16 tahun yang melibatkan
seramai 33,588 orang peserta dan 65,614 ekor haiwan ternakan di 39 buah negara.

Melalui EZ Qurban, ia membantu memudahkan urusan anda bukan sahaja ibadah Aqiqah malah
ibadah Korban serta mengagihkan manfaatnya kepada saudara muslim yang memerlukan di serata
dunia.

Tunggu apa lagi, mari laksanakan ibadah Aqiqah Ramadan ini bersama EZ Qurban!!. Anda boleh
terus layari www.ezqurban.org/aqiqah .