Hiburan
“Dah Cuci Baju, Siapkan Anak, Kemas Bilik, Baru Boleh Strim Game” – Johan Tak Abai Tanggungjawab
Pelawak dan penyampai radio Johan menegaskan dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa apabila bermain permainan video.
Memetik laporan Hlive, Johan hanya akan strim permainan video hanya selepas dia selesai menjalankan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak.
“Nak cakap pasal tanggungjawab, saya ada lima orang anak. Yang bercakap saya takde tanggungjawab tu ada berapa orang anak?
“Saya tahu tanggungjawab saya, sebelum saya live strim, saya akan pastikan saya siap cuci baju. Saya nak pesan pada netizen, anda semua jangan tengok live strim saya takut anda yang lalai dengan tanggungjawab anda,” jelas Johan.
Malah, menurut isterinya pelakon Ozlynn, Johan bukanlah suami yang melupakan tanggungjawab tetapi terlalu fokus sampai dia lupa waktu-waktu penting.
“Johan boleh strim selepas dia siapkan anak, basuh baju sekolah anak guna tangan, basuh bilik air, bilik tidur dah kemas, maknanya dah lengkap, baru boleh main game.
“Kau mampu? See my level,” kata Johan berseloroh.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video