Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Dah Dapat Syafiq Kyle, Mimi Lana Minta Netizen Kenal Dengan Adiknya “Ada Seorang Lagi Yang Macam…”

Asyraf Roslan 17/02/2025 | 08:55 MYT

Pelakon Mimi Lana berseloroh meminta peminat suaminya, Syafiq Kyle, agar tidak patah hati selepas dia sah menjadi suri hati pelakon tersebut.

Menerusi sebuah potongan video yang tular di media sosial, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi bahawa peminat masih berpeluang untuk mengenali seseorang yang mirip suaminya, iaitu adik kandung Syafiq, Syazwan Razak.

“Korang jangan patah hati, ada seorang lagi yang macam Syafiq Kyle, Syazwan Razak (Adik Syafiq).

“Syafiq Kyle saya punya dah,” katanya ringkas.
Kenyataan Mimi itu berjaya mencuri perhatian ramai. Rata-rata netizen menganggap bahawa berjaya memiliki Syafiq Kyle sebagai suami adalah pencapaian terbesar buat Mimi.
“Her biggest flex😭☝🏻
“Flex yang paling acceptable.
“Dahla tengah patah hati cakap pulak gitu lg berpatah patah hati aku.
“DaH patah hati , akak cakap centu dua kali patahnye.
"syafiq kyle saya punya dah”, Kata netizen.

Tidak hanya terhibur, ada juga warganet yang mula “mengintai” peluang untuk mengenali Syazwan Razak semata-mata untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Syafiq Kyle.

“syazwanrazak okey noteddd 😭😍 dh cop dulu syazwanrazak bye semua.
“Sapa-sapa kawin jela ngn syazwan razak , nanti bole jadi family and ipar syafiq kyle 😭😭😭

Terdahulu, Syafiq mencuri perhatian apabila memuat naik foto tangannya yang memegang tangan Mimi bersama dua bentuk cincin di IG.

Teka-teki itu kemudiannya terjawab selepas sumber rapat mengatakan pasangan itu akan bernikah.
Dengan sekali lafaz, Syafiq dan Mimi telah disahkan bergelar suami isteri pada pukul 5.30 petang Jumaat.
Difahamkan majlis tersebut telah dilaksanakan secara tertutup di The Petrichor Taiping dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman terdekat sahaja.
Sebelum ini Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos tahun 2023, namun majlis itu dibatalkan.
undefined
#Syafiq Kyle #Mimi Lana #Syazwan Razak