Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni berkongsi foto anak pertamanya, Muhamad Heidy Nufael di hospital.

Manurut Haziq, Heidy dimasukkan ke hospital akibat dehidrasi (dehydrated).

"Aku fobia betul bila anak sakit ni sebab Chayra Auliya dulu berapa lama batuk kokol dia tu kan.

"Tadi Heidy muntah & cirit non stop sampai taik yang keluar pun warna cantik macam air kencing.

"Dah dehydrated. Lembik teruk. Diri pun tak larat.

"Sebab dia makan je yakyak. Minum je muntah.

"Doktor kata nasib baik cepat datang hospital sebab dia dah nak kering dah.

"And now tengah masuk air dan kumpul balik tenaga.

"Nak membesar kan. Get well soon sayang & stay hydrated guys," tulis Haziq.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen peminat mendoakan agar Heidy kembali sihat seperti biasa.

Heidy telah dimasukkan ke KPJ Tawakal Specialist Hospital untuk pemantauan doktor.

Haziq dan isteri, Ayunda Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhamad Heidy Nufael dan Chayra Auliya.

Aku fobia betul bila anak sakit ni sbb Chayra Auliya dulu berapa lama batuk kokol dia tu kan. Td Heidy muntah & cirit non stop smp taik yg keluar pun warna cantik mcm air kencin. Dah dehydrated. Lembik teruk. Diri pun tak larat. Sbb dia makan je yakyak. Minum je muntah. Doc kata nasib baik cpt dtg hosp sbb dia dah nak kering dah. And now tgh masuk air n kumpul balik tenaga. Nak membesar kan. GWS sayang & Stay hydrated guys! #PrinceHeidy

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on