"Dah Dekat Sejam Anugerah MeleTOP Habis, You Masih Nak Posing Lagi Ka..." - Azad 'Pekena' Isteri...

Badrul Hashim
April 22, 2019 05:47 MYT
Pelakon, pengacara dan pelawak Azad Jasmin dan isterinya Eira Syazira sememangnya layak tercalon Top 5 dalam kategori Couple MeleTOP di AME2019.
Walaupun pernah terjentik kontroversi kerana memuat naik beberapa keping gambar di Instagram, tetapi tidak boleh dinafikan mereka pasangan bahagia yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Dalam satu entri video di Instagramnya yang dimuat naik malam tadi selepas selesai AME2019, Azad membuat seolah-olah dia sedang mengambil gambar isterinya pelakon Eira Syazira.
"Dah dekat sejam anugerah @meletop dah habis, you masih nak posing lagi ka.
"You’ve got punked my love @eirasyaziraofficial hahahahaahaha," gurau Azad yang mengambil video isterinya.
"Nah... video gua prank bini gua. Apapun u will be my #couplemeletop forever," tambah Azad.
Pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira berkahwin pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Amarra Sofea Rose dan Ameisya Leanne Rose.
Kredit Gambar: Instagram
#Azad Jasmin #Eira Syazira #AME2019