Hiburan

"Dah Dua Kali Tak Dapat Raya Bersama. Walaupun Di Musim PKP, Ini Raya Yang Paling Bermakna"- Fizo Omar Dapat Beraya Dengan Anak

gempak
Badrul Hashim
26/05/2020
07:23 MYT
Sponsor Banner
"Dah Dua Kali Tak Dapat Raya Bersama. Walaupun Di Musim PKP, Ini Raya Yang Paling Bermakna"- Fizo Omar Dapat Beraya Dengan Anak
Tiada siapa yang inginkan perpisahan, apatah lagi sesudah mempunyai cahaya mata. Tetapi tidak ada sesiapa yang tahu tentang jodoh masing-masing.
Ketika Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim mengumumkan penceraian mereka dahulu, ramai yang terkejut kerana keluarga mereka kelihatan cukup bahagia. Namun semuanya ketentuan Tuhan.
Pada satu IGTV di Instagram miliknya, Fizo Omar nyata bersyukur kerana selepas dua tahun tidak dapat berhari raya bersama cahaya mata perempuannya, Wan Maryam, tahun ini mereka dapat meraikannya bersama.
"Syukur Alhamdulillah dapat beraya dengan cinta hati sayang daddy. Dah dua kali raya tak dapat bersama dengan anak tersayang.
"Walaupun beraya di musim PKP, inilah raya yang paling bermakna buat saya.Maryam anak yg baik dan memahami dan anak yang solehah yang bakal membawa ibu bapanya ke syurga," tulis Fizo pada IGTV tersebut.
Ramai yang meninggalkan komen yang berasa sayu dengan apa yang dilalui oleh Fizo ketika ini.
Namun tidak kurangnya yang mendoakan semoga Fizo dan Mawar dapat kembali bersama.
"Semoga Allah makbulkan segala doa saya dan tiada apa pun dapat memisahkan hubungan dan ikatan antara seorang anak dan bapanya," tulis Fizo yang terasa agak sayu kepada yang membacanya.
Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.
Namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama enam tahun apabila mengambil keputusan untuk bercerai pada julai 2019. Hak penjagaan Wan Maryam diberikan kepada Mawar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live