Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dah Finale... Jom Rewind Balik 5 Babak Ikonik 'Rindu Awak Separuh Nyawa'

Amri Hassan
14/06/2021 10:55 MYT
Drama popular adaptasi novel penulis hebat Siti Rosmizah, 'Rindu Awak Separuh Nyawa' (RASN) akhirnya bakal melabuhkan tirai pada malam ini.

Selepas 40 episod disambung lagi bonus lapan episod menjadikan 48, pastinya banyak momen ikonik yang menjadi ingatan peminat setia RASN.

Apa kata jom imbas semula lima babak ikonik antara Nazril dan Maisara sepanjang RASN bersiaran.

1. Sara masak rendang

Ini antara babak yang mengganggu emosi ramai!

Babak Sara masak rendang untuk pertama kali tetapi Nazril tak balik rumah kemudian Sara jumpa pula surat suami dah tinggalkan dia, siapa boleh lupa?

Disebabkan babak ini jugalah ramai yang tampil dengan pelbagai rendang yang dikongsikan di media sosial. Rendang daging Kasih Maisara pun ada okey!



2. Bubur durian

Kalau tak hebat takkan boleh trending satu Malaysia! Ini juga babak paling kejam Naz!

Disebabkan babak ini juga, ramai yang mencar-cari bubur durian ya.

Masih ingat lagi tak babak Sara nak makan bubur durian tapi Naz halang tak kasi dia makan bubur tu? Nak nak masuk mulut dah kan...

3. Sara mengandung

Antara babak pergolakan emosi ramai. Marah, geram, sakit hati, sedih, semua lengkap dalam babak ini!

Sara balik ke kampung Naz dan ketika itu majlis pertunangan Naz dan Nurul Huda sudah makin hampir. Masa itu juga Sara maklumkan kepada Umi dia sedang hamil.

Lepas babak tu, korang ingat tak apa jadi kat Sara?

4. Rumah Kak Munah terbakar

Ini babak yang paling mendebarkan dan dikira sebagai turning point hidup semua orang dalam RASN.

Rumah Kak Munah terbakar disebabkan Agil, kemudian Sara yang baru sampai terus menerpa masuk ke dalam rumah untuk selamatkan orang dalam rumah itu.

Semua berteriak panggil nama Sara terutamanya kawan baik dia, Qistina. Tapi Sara ....



5. Kubur Sara

Babak paling mencengkam emosi semua. Siapa tak menangis ketika berpisah dengan Sara yang dikatakan telah meninggal dunia dalam kebakaran?

Dari kubur sampai ke rumah Umi, memang hujan air mata!

Masa itu juga Naz menyesal dengan perangai dia dan pada masa sama yakin isteri dia masih hidup.



RASN akhirnya tiba di pengakhiran, kisah cinta Naz dan Sara akan menemui penamatnya pada malam ini.

Apa seterusnya yang akan berlaku kepada pasangan mereka?

RASN ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

RASN turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
#Viral #Uqasha Senrose #Shukri Yahaya #Siti Rosmizah #Rindu Awak Separuh Nyawa #Babak #RASN #Ikonik
;