Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Dah Genap 3 Tahun Rupanya Hidup Berdua"- Bekas Isteri Ally Iskandar Luah Tak Pernah Menyesal

Kamaruddin Razal 11/11/2019 | 01:25 MYT
Bekas isteri pengacara televisyen Ally Iskandar, Farah Lee memberitahu, dia tidak pernah menyesal dengan kehidupan yang dilaluinya pada hari ini sebagai ibu tunggal.
Sebaliknya, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 30, berkata, dia sentiasa menghargai insan yang datang dan pergi dalam hidupnya.
"Pejam celik dah genap tiga tahun rupanya Farah dan Maream hidup berdua. Alhamdulillah. Bukan perjalanan mudah, tetapi penuh dengan hikmah.
"Tak pernah sekali pun Farah menyesal dengan apa yang berlaku. Sebaliknya, Farah bersyukur dengan setiap liku dan bucu. Farah hargai mereka yang hadir dan pergi sepanjang itu," tulisnya di Instagram.
Farah turut berkongsi foto terkini dirinya bersama satu-satunya permata hatinya, Maream Esabell, 5, yang kini sudah setahun berhijrah di United Kingdom.
Kongsi Farah lagi, apa yang berlaku pada masa lalu telah menjadikan dirinya yang ada pada hari ini.
"Sejarah lalu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya. Saya tidak akan lupakan apatah lagi untuk menyesalinya. Adakalanya, saya mengimbau masa lalu, untuk elak saya daripada melakukan kekhilafan yang sama," tulisnya.
Farah yang juga selebriti media sosial itu mendirikan rumah tangga dengan Ally pada 20 Januari 2012 sebelum berpisah pada Ogos 2016.
Sejak perceraian itu, Farah masih kekal menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, manakala Ally sudah menamatkan zaman dudanya pada Jun lalu.

. Pejam celik dah genap 3 tahun rupanya Farah & Maream hidup berdua. Alhamdulillah. Bukan perjalanan yang mudah tetapi penuh dengan hikmah. . Tak pernah sekali pun Farah menyesal dengan apa yang berlaku. Sebaliknya, Farah bersyukur dengan setiap liku dan bucu. Farah hargai mereka yang hadir dan pergi sepanjang itu. . What had happened has crafted who I am today. My history will always be a part of me. I won't forget, what more regret. I do glimpse back sometimes, to avoid stepping into the same shit. Because that's life; we learn and be better. . Jangan sesekali pandang dugaan sebagai ujian, tetapi pandang ia sebagai pengajaran. Pengajaran yang didatangkan dengan hadiah. Hadiah Syurga berkat kesabaran ? #FLwrites 091119 . ? London Eye, London, England : 281019 ?? . [5years3months] #mareamesabel #ommaream #MAREAMtravels #FLjenjalan #BELLEinUK #FLinUK

A post shared by FARAH LEE || F. L. (@farahlee_) on

#Ally Iskandar #Farah Lee
;