Laman Utama
Dah Hujung Ramadan, Nak Berbuka Di Luar Tapi Tak Mahu Bufet…Jom Ke Dome Café! Banyak Pilihan Best-Best Tau…
Dah masuk hujung-hujung Ramadan, idea nak memasak pun kadang-kadang dah hilang. Tambah-tambah lagi mood nak beraya dah sampai!
Ada juga yang rancang untuk bawa seisi keluarga berbuka puasa di luar tetapi tak mahu hidangan bufet sebab lebih suka suasana yang lebih santai dan sederhana – nak makan apa yang nak makan saja kan?
Okay, apa kata korang bawa keluarga atau kalau nak santai-santai dalam suasana yang tenang sambil berbuka ke Dome Café…
Serius, korang akan rambang mata apabila melihat pada kad menu! Macam-macam ada dan korang boleh pilih menu hidangan Asia atau pun Barat.
Sehingga 2 Mei ini, Dome Café mengadakan promosi berbuka puasa dan semua hidangan nasi akan dihidangkan bersama kurma dan teh lemon ais yang menyegarkan secara percuma.
Ada macam-macam pilihan hidangan nasi seperti nasi lemak rendang ayam atau rendang daging, ayam goreng rangup berempah, salmon steak, ayam panggang berjus dan juga ‘Catch Of The Day.’
Kalau yang dah biasa berkunjung ke Dome Café pasti dah cukup maklum dengan hidangan pai ayam istimewa dan juga sup cendawan liarnya yang memikat selera.
Jangan risau, kesemua hidangan tersebut juga ada sepanjang Ramadan ini ya!
Untuk melihat lebih banyak pilihan menu, anda boleh lihat di sini.
Sempurnakan sesi berbuka puasa atau makan malam anda dengan hidangan pencuci mulut. Ada kek lobak merah, kek coklat pisang, burnt cheesecake, kek tiramisu dan banyak lagi.
Dan...kalau yang sukakan ice-cream, jangan lupa pencuci mulut gelato Dome Cafe! Ada 18 perisa dengan citarasa “mewah” dan eksotik.
Yang bestnya, gelato mereka sangat istimewa kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi dengan menggunakan resipi tradisional dari Itali.
Cuma, kalau korang nak rasa gelato ni...bolehlah ke dua cawangan Dome Cafe di Bangsar Shopping Centre dan Suria KLCC.
Must-Watch Video