Laman Utama
Dah Jadi Macam-Macam, Tapi Mana Satu Watak Zizan Paling Korang Love?
Memegang label sebagai pelawak tidak bermaksud bakat Zizan Razak hanya terhad dalam bidang berkenaan.
Sebaliknya, kemampuan Zizan mula dilihat selepas melebarkan kerjayanya dengan menceburi bidang lakonan.
Kejayaan jenama filem Polis Evo dan juga Abang Long Fadil cukup membuktikan dia merupakan antara pelawak yang bergelar pelakon berkaliber dan komited dalam setiap naskhah.
Malah sebahagian filem yang membabitkan Zizan juga berupaya mencatat kutipan tinggi di pawagam.
Terbaharu, pembabitan Zizan dalam filem sekuel Hantu Bonceng 2.0 turut mendapat respon positif penonton.
Di sini Gempak kongsikan watak-watak yang pernah di bawakan Zizan.
Abang Long Fadil - Fadil
Mengisahkan tentang Fadil yang tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gangster setelah sahabat baiknya Malik (Aaron Aziz) dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dan mahu bebas daripada geng Shark (Syamsul Yusof).
Namun dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak membebaskan diri daripada kumpulan gangster.
Polis Evo - Inspektor Sani
Polis EVO mengisahkan tentang dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai perwatakan sangat berlainan tetapi harus bekerjasama untuk menumpaskan sindiket operasi pengedaran dadah.
Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas berbanding Inspektor Sani, yang lebih mengikuti prosedur dan protokol.
Cicakman 3 – Man
Filem ini mengisahkan Man seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak yang mana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu.
Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro.
Wira – Samseng
Walaupun hanya muncul sebagai penampilan istimewa dengan membawakan watak samseng namun lakonan Zizan dalam Wira tetap diingati.
Bulan dan Pria Terhebat - Haris
Filem aksi komedi Malaysia 2020 arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan aksi seorang pelatih pasukan khas wanita, dengan bantuan seorang pemandu teksi, kini dia perlu melawan sindiket perdagangan manusia demi selamatkan adiknya yang diculik.
Bulan (Zahirah MacWilson), seorang pelatih di pasukan tentera khas Indonesia telah menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia untuk mencari adiknya, Melati (Aprena Sanrose) yang diculik ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang sudi membantu Bulan. Namun, mereka kini berdepan bahaya apabila ketua sindiket itu Ricky dan pembantunya Agus hantarkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.
Hantu Bonceng 2.0 – Amran
Mengisahkan tentang Amran dan Kunyit (Taiyuddin Bakar) yang berasa teruja ingin bercuti ke Frasers Hill bersama rakan-rakan ‘Mat Motor’ mereka. Semasa dalam perjalanan, motor Kunyit mengalami kerosakan.
Kemunculan Ayu (Shiha Zikir) telah membawa Kunyit dan teman wanitanya, Maya serta Amran bermalam di sebuah hotel lama, manakala rakan-rakan yang lain meneruskan destinasi mereka.
Keadaan hotel tersebut agak misteri. Malah, pekerja-pekerja hotel juga mempunyai karakter yang sangat mencurigakan.
Setiap kali menjelang malam, Amran dan Kunyit pasti mengalami pelbagai peristiwa menyeramkan. Amran juga turut bermimpi tentang seorang wanita yang seakan memberi petunjuk kepada Amran agar membantunya.
Amran, Kunyit dan Ayu cuba menyelesaikan misteri dan menemui beberapa petunjuk yang mana akhirnya menemukan mereka kepada beberapa siri pembunuhan.
Saksikan Hantu Bonceng 2.0 di pawagam rumah anda bermula 11 Februari 2021, di Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Hantu Bonceng 2.0 di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Must-Watch Video