"Dah Jadi Mak Buyong Pun Cantik" - Bercuti Di Istanbul, Peminat Puji Kecomelan Baby Bump Elfira Loy

Kamaruddin Razal
Jun 12, 2019 02:27 MYT
Pelakon dan pengacara kecil molek, Elfira Loy kini bercuti di kota Istanbul, Turki bersama suami tercinta, Muhamad Faris Khairol Anuar.
Sedang sarat hamil, Elfira berkongsi foto-foto menarik sekitar percutiannya di sana.
Menariknya, peminat menegur 'baby bump' Elfira yang semakin membesar.
Malah, ada peminat yang memuji wajah Elfira yang kelihatan semakin cantik, lebih-lebih lagi ketika sedang berbadan dua.
Sebelum ini, pelakon drama bersiri Dalam Hati Ada Taman itu mengakui perutnya kini sudah mula membesar.
Namun, kata Elfira, dia berasa malu untuk menunjukkan saiz perutnya yang sebenar dan cuba untuk menyembunyikannya.
BACA: “My Baby Bump Starts Showing Already Sebenarnya Tapi...”- Elfira Loy
Terdahulu, Elfira hanya mengumumkan dirinya sedang hamil namun tidak mahu mendedahkan usia kandungannya.
BACA: Tahniah! Elfira Loy Kini Isteri Faris Anuar
BACA: Kenal Beberapa Bulan, Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018.
#Elfira Loy