“Dah Jangka Pasti Ada Yang Tembak, Sabar, Chill” – Respon Erra Fazira Bila Ada Yang ‘Bising’ Jadi Hos MeleTOP

Mya Amri
Januari 9, 2020 07:31 MYT
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira membidas komen negatif yang diberikan kepadanya ketika menjadi hos jemputan program MeleTOP pada Selasa.
Erra membalas komen negatif itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Erra, dia sudah menjangkakan perkara itu berlaku sebaik sahaja menerima tawaran untuk beraksi sebagai hos sementara.
“Menjadi pengacara JEMPUTAN @meletop! Perghhhh sudah dijangka pasti ada pihak yang tembak kerana mahukan artis favourite mereka yang beraksi.
“Sabar adik-adik. Ini JEMPUTAN sahaja. Minggu depan orang lain pulak okay. Chill-chill dong,” tulisnya.
Dalam pada itu, Erra juga turut menyatakan rasa selesa bekerjasama dan mengucakan terima kasih kepada hos MeleTOP, Nabil Ahmad kerana banyak membantunya.
“Apa pun, thank you @nabilzira yang memang spontan dan selamba dek jer dia mengacara.
“Kurang sikit nervous bila bergandingan dengan orang hebat! Keep it up bro! You memang win! Terima kasih team meletop sudi undang saya.
“Set baru memang mengancam! Cantik nampak wow! Ada rezeki… Insya-Allah panggil lagi okay! Nak pakai baju pelik-pelik tapi benar lagi,” tulisnya.
Terdahulu pada 3 Disember lalu, hos tetap MeleTOP, Neelofa telah mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan itu selepas tujuh tahun bersama.
#Erra Fazira #Meletop