"Dah Jauh Berjalan, Insya-Allah Masih Jauh Lagi" - Altimet Sambut Hari Lahir Ke-41

Asraf Aided
November 28, 2019 02:28 MYT
Rapper dan penulis lagu, Altimet telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 semalam.
Perkara itu dikongsi Altimet menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad itu telah menulis ucapan untuk dirinya sendiri.
"Selamat hari lahir kepada mamat ini. Dah jauh kau berjalan, Insya-Allah masih jauh perjalanan kau lagi.
"Teruskan usaha untuk menjadi insan yang lebih baik, ucapan tulus ikhlas dari saya kepada saya," selorohnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian dari para pengikut termasuklah rakan artis yang turut memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan buat Altimet.
Sekadar info, Altimet mulai aktif di industri hiburan tempatan menerusi lagu hip hop dan rap bermula tahun 1999 dan berjaya mempertahankan namanya sehingga kini.
Pada November 2018, Altimet telah mengumumkan persaraannya sebagai rapper dan tidak akan membuat persembahan lagi di atas pentas.
Namun begitu, Difahamkan, Altimet tetap akan aktif bergiat dalam kegiatan seni dalam kerja-kerja belakang tabir atau bidang selain nyanyian.
#Altimet #Altimet