Laman Utama

“Dah Jumpa! 2 Minggu Menghilang, Midnight Kembali Ke Pangkuan Keluarga..” – Rosyam Nor Ucap Terima Kasih Kepada Yang Membantu

Fiza Kamarudin
15/03/2022
03:48 MYT
Pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menguar-uarkan berita tentang kehilangan kucing kesayangannya, Midnight.
Rosyam menerusi hantaran terkini di laman sosial Instagram (IG) berkata, Midnight telah ditemui dan tinggal bersama Datin Dr Rozana sejak dua minggu lalu.
“Saya happy sangat, tiap-tiap hari balik teringat dia. Nasib baik jumpa balik. Midnight dah kurus,” katanya sambil membelai manja Midnight.
Rosyam berkata, Datin Rozana telah menjaga Midnight selama hampir dua minggu dan memberi makan dan minum kepada kucing kesayangannya.
Malah, mereka turut mencari Rosyam dengan meminta nombor telefon daripada FINAS.
“Terima kasih saudara Wann kerana bersusah payah mencari nombor saya melalui Finas.
“Terima kasih Datin Dr Rozana kerana sudi menjaga dan memberi makan pada Midnight. Kepada media yang telah menularkan berita tentang kehilangan Midnight juga, terima kasih banyak-banyak.
“Yang mendoakan Midnight juga, syukur Alhamdulillah,” luah Rosyam.
Rosyam sebelum ini berkongsi mengenai kehilangan kucingnya menerusi Insta Story dan menawarkan ganjaran RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai Midnight.
Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara, Selangor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

gempak
09/07/2024
03:55 MYT
Pelakon versatil, Datuk Rosyam Nor, 57, menyifatkan bahawa karisma seseorang pelakon itu lebih penting berbanding rupa paras yang menarik.
Hiburan

“Saya Dulu Berlakon Macam 'Tahi' Juga” - Rosyam Nor Harap Pelakon Baharu Di Beri Peluang, Jangan Terus Main Kutuk

gempak
30/05/2024
08:30 MYT
Pelakon, Datuk Rosyam Nor berpendapat pelakon baharu harus diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang lakonan.
Hiburan

Bekas Guru Tingkatan Lima Rosyam Nor Hadir Malam Gala Filem, Imbas Kenangan Zaman Persekolahan! - "Dia Pernah Marah Aku ..."

gempak
23/05/2024
04:55 MYT
Bergelar seorang pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor berkongsi tentang kata-kata seorang gurunya yang masih terpahat dalam ingatan.
Hiburan

"Kalau Saya Gagal Bawa Watak Cikgu Sunan, Habislah Karier Saya Sebagai Pelakon" - Rosyam Nor

gempak
22/05/2024
14:55 MYT
Memegang watak sebagai seorang guru menerusi filem Memoir Seorang Guru, pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor mengakui ia merupakan cabaran besar dalam karier seninya.  Pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin, 57, itu berkata watak Sunan yang dibawa agak berat kerana mewakili individu penting dalam kalangan akademik.
Hiburan

Didie Alias Dedah Asal Usul Nama Pentasnya – “Alias Tu Punca Dia Daripada Datuk Rosyam Nor”

gempak
15/05/2024
11:30 MYT
Selebriti versatil, Didie Alias bercerita tentang asal usul nama pentasnya dalam satu wawancara bersama pempengaruh Ubai menerusi program Borak Dulu Baru Kamu.