Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Dah Kahwin Ni Hari-Hari Tengok Muka Isteri, Jangan Tengok Isteri Orang Pulak" - Comel Je Ucapan Sharifah Shahora Untuk Mamat

Badrul Hashim 03/03/2020 | 06:30 MYT
Pelawak Mamat Sepah akhirnya sah bergelar suami kepada Diana Ibrahim pada Ahad malam, 1 Mac 2020 setelah menangguhkan perkahwinan beberapa kali.
Pernikahan yang berlangsung di kediaman pengantin lelaki di Kulai, Johor berlangsung kira-kira pukul 8:00 malam.
Baca: Mamat Sepah Sah Bergelar Suami, Bawa Isteri ‘Tour’ Rumah Saudara Mara Dulu Baru Fikir Lokasi Bulan Madu!
Beberapa teman rapat turut berkongsi ucapan tahniah di Instagram masing-masing. Antaranya adalah Sharifah Shahora dan Shuib Sepahtu.
"Selamat pengantin Baru Mamat Sepah. Sejak kawin ni malu nak tunjuk muka yg berseri tu ek. Dah kawin ni jangan buat hal, hari hari tengok muka isteri, jangan tengok isteri orang pulak.
"Semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia dan dikurniakan anak yang comel-comel. Moga Allah akan mencurahkan rezeki yang luas pada Mamat & Isteri," tulis Sharifah Shahora di Instagram miliknya.

Selamat pengantin Baru @mamatsepah . Sejak kawin ni malu nak tunjuk muka yg berseri tu ek. Dah kawin ni jangan buat hal, hari hari tengok muka isteri, jangan tengok isteri orang pulak. Semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia dan dikurniakan anak yang comel comel. Moga Allah akan mencurahkan rezeki yang luas pada Mamat & Isteri.. ??

A post shared by Sharifah Shahora (@sharifahshahora) on

Shuib Sepahtu yang tidak dapat hadir pada majlis bersejarah itu kerana mempunyai rakaman Sepahtu Reunion untuk Ramadan turut mendoakan kebahagiaan temannya itu.
"Semoga dipermudahkan urusan, aman rumah tangga, bahagia dua akhirat dan menjadi ketua keluarga yang baik, Insya-Allah.
"Tahniah Mat! Complete dah! Semua dah kahwin Mat!" ucap Shuib di Instagram miliknya.

Tahniah Sahabat !!!! Sorry smlm tak dpt dtg di hari bersejarah ko Mat ,, aku ade rekording Sepahtu Reunion Al Puasa mat.Tp yg pasti doa utk kau pasti ade..Semoga dipermudahkan urusan,Aman Rumah Tangga,Bahagia Dunia akhirat dan menjadi ketua keluarga yg baik InsyaAllah... Tahniah mat!!! Complete dahhh!!! Semua dah kawin mat!!!!! @mamatsepah

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mengahwini Diana Ibrahim yang berasal dari Sabah selepas tiga kali menangguhkan perkahwinan mereka.
#Perkahwinan #Mamat Sepah
;