"Dah Kahwin Ni Wajib Selekeh Ka?..." - Rozita Che Wan Tegur Penampilan Wanita Selepas Kahwin

Zulaikha Yusof
Februari 15, 2019 06:23 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau dikenali Che Ta berpesan kepada kaum wanita supaya menjaga penampilan selepas berumah tangga.
Menurut Che Ta akibat menguruskan tanggungjawab terhadap keluarga dan anak, kaum wanita mengabaikan diri sendiri sehinggakan kelihatan selekeh.
"Dah kahwin ni wajib "selekeh" ka?
"Pempuan ni, dulu masa time ‘bujang’.. Kemain lagi melawa.. Make up sana sini.. Baju cantik-cantik.
"Handbag jinjing mcm bwk permata.. Wangi, kemas.
"Walaupun sebenarnya bilik tido sendiri tak berape nak kemas.
"Tapi bila kawin..Tambah dengan banyak tanggungjawab..Tambah anak pulak.
"Terus jadi takdak masa nk urus diri… Rasa “cukup” la dengan diri seadanya.
"NO NO NO! Silap tu!
"Nak cantik-cantik.. Nak melawa ni tak perlu ambil banyak masa pun sebenarnya.
"Kalau ada anak..Uolls angkat anak tu, letak sat ataih laki, suruh depa jaga sat.
.
Tapi.. Kalau uolls pakai ‘simple2’ pon dah cukup. Yang penting, handbag kena letups!" tulisnya.
Rata-rata netizen bersetuju dengan nasihat yang dikongsikan malah menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi kepada wanita lain.
#Rozita Che Wan