Berita
“Dah Kahwin Terus Pandai Masak, Tak Belajar Dengan Saya Pun…”- Ibu Rozita Che Wan
Ibu kepada pelakon Rozita Che Wan, Zabedah Saad mendedahkan anaknya itu hanya pandai memasak selepas berumah tangga.
Malah, Zabedah berbangga anaknya itu lebih pandai memasak dengan pelbagai menu.
“Bila dah kahwin baru dia pandai memasak, taka da pun belajar dengan saya.
“Tahu-tahu dia dah pandai memasak, boleh kata semua menu dia padai masak,” katanya.
Zabedah mendedahkan perkara tersebut di dalam program realiti The House musim kedua (The House 2) episod lima yang pernah ditayangkan pada tahun 2017.
The House 3 merupakan program realiti yang bersiaran di Astro Gempak pada tahun 2017.
Selain kisah Che Ta, The House turut memaparkan ragam dan kisah ahli keluarga Che Ta yang lain seperti Zain Saidin sebagai seorang suami yang romantik yang berusaha keras dalam bidang perniagaan yang diceburi serta tiga cahaya mata beliau termasuk Ammar Effendy dan Aniq Ezzra sebagai anak bujang Che Ta daripada perkahwinannya yang terdahulu serta Aaisyah Dhia Rana yang comel yang bijak bergaya.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
Must-Watch Video