"Dah Kurus Dah, Hari-Hari Tengok Boleh Jatuh Cinta Ni" - Selepas Setahun, Akhirnya Zul Ariffin Aktif Turunkan Berat Badan!

Asraf Aided
Disember 4, 2018 07:35 MYT
Aktor popular, Zul Ariffin telah kembali aktif melakukan aktiviti kecergasan sejak tiga hari lalu setelah setahun tidak menjaga berat badannya.
Perkara itu dikongsi Zul menerusi entri di akaun Intagram miliknya buat tatapan umum.
"After a year of working, not eating right, junk food and bad food, lot of it obviously, not sleeping right, skipping the gym, wasting time and all of that.
"There is no one to blame but myself, but all of that stops today, I have my training 2-3 times a day, everyday, over the next couple of months," tulis Zul sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Zul turut menyatakan dia mahu menurunkan berat badannya kerana mahukan kesihatan yang lebih baik dan mempunyai beberapa projek dan filem yang memerlukan dia untuk mendapatkan semula bentuk badan seperti dahulu.
Menjegah di ruangan komen, rata-rata pengikut Zul memberi sokongan dan memuji usahanya itu.
"Dah kurus dah, hari-hari tengok boleh jatuh cinta ni.
"Saya dah nampak jodoh saya.
"Don't give up Zul," tulis netizen.
#Zul Ariffin