Pelakon Aiman Hakim Ridza mencuri perhatian wargamaya apabila surat untuk isteri tercinta pelakon Zahirah Macwilson tular.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @themeeaahh berkongsi dua keping foto surat cinta Aiman buat Zahirah ketika majlis akad nikah yang berlangsung pada Khamis.

“Aiman Hakim Ridza ni paling sweet, dia siap tulis surat cinta kepada Zahirah pada hari perkahwinan mereka,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.Pada majlis yang berlangsung di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya itu, Aiman, 31, sah bergelar suami kepada Zahirah, 25, dengan sekali lafaz.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya teruja melihat aksi romantik Aiman yang dilafazkan menerusi surat cinta khas buat isterinya.

Malah, apa yang menarik perhatian mereka lagi adalah tulisan Aiman yang cantik dan tersusun.

“Sweet + handsome + style + tinggi, Idaman semua gadis ni,” tulis seroang wargamaya.



“Tulisan dia tersusun helokkk! Kalah tulisan computer,” puji seorang wargamaya.

“Mana nak cari suami macam Aiman ni aduhai,” komen seorang wargamaya.

“Surat tulisan tangan? Inilah benda paling sweet dalam dunia! Nampak lebih intim dan bermakna,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, kicauan daripada pengguna tersebut telah menerima hampir 17,000 ulang kicau dan lebih 26,000 tanda suka daripada warga Twitter.