"Dah Lah Cantik...Pandai Melukis" - Netizen Puji Anzalna Buat Lukisan Untuk Anak

Asraf Aided
Mei 29, 2019 12:54 MYT
Aktres jelita, Anzalna Nazir berkongsi gambar hasil lukisannya untuk dijadikan hiasan di bilik tidur anak lelaki yang bakal dilahirkannya tidak lama lagi.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Done three paintings for his room, this one sikit lagi nak siap!" tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna memuji bakatnya melukis.
"Dah lah cantik, pandai melukis, Ya Allah.
"Wah cantik.
"Your painting is beautiful, awak punya lukisan sangat cantik, awak pandai ya," tulis netizen.
Sedang sarat hamil lapan bulan, bayi lelaki di dalam kandungan Anzalna bakal dilahirkan pada bulan hadapan.
Anzalna dan suaminya, Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Selepas mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun, Anzalna mengumumkan dia sedang hamil pada awal Januari lalu.
#Anzalna