Episod pertama drama bersiri premium, KUASA telah pun ditayangkan semalam dan ia telah mendapat sambutan hebat dari penonton dan warga maya.
Rata-rata memuji jalan cerita drama siri Astro Originals yang dibintangi pelakon hebat seperti Nazim Othman, Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.
Malah ramai netizen terutaman di laman Twitter yang tidak puas dan tidak sabar untuk menanti episod akan datang.
“Halah sambung minggu depan. Satgi tengok balik, tak puas tengok Darius,” komen salah seorang warga maya.
“Episod pertama pun dah suspen macam ni!Now korang terpaksa tunggu next episod. Siapakah layak tuntut Wira Entertaiment?” tulis salah seorang penonton.
Tidak cukup dengan itu, rata-rata warga maya teruja melihat lakonan Nazim Othman yang membawakan watak Darius.
“LOL Darisu!Dah lah kahwin dalam dia, lepastu emo! Saya kalau jadi parent dia pun mengamuk,” luah salah seorang pengguna Twitter.
“Uish berlakon garang pun handsome Nazim,” puji salah seorang peminat.
Siri premium yang mempunyai 10 episod ini buat pertama kali mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
Drama telah menemui penonton mulai semalam, 11 April ini mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.
Saksikan KUASA yang ditayangkan di saluran Astro Citra setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Syafiqah Jalal
Tue Apr 12 2022
.jpg?ext=.jpg)

Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!