Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Dah Lain Bila Kurus, Macam Barbie” - Zizie Izette Jadi Hot Topik, Makin Lama Makin Cantik

Mya Amri
18/08/2022 23:29 MYT
Penampilan terbaharu pelakon, Datin Seri Zizie Izzete yang semakin cantik mendapat perhatian netizen.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Zizie kelihatan begitu berseri selain berat badannya juga sudah susut.

Malah Zizie juga kelihatan begitu ayu dengan senyuman manis yang terukir dibibir sewaktu fotonya dirakamkan.

Selain itu gaya pemakaian Zizie yang sudah berubah juga menjadi perbualan hangat netizen.

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette)

Ada dalam kalangan netizen yang memuji Zizie kini kelihatan cantik sama seperti patung popular iaitu Barbie.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Zizie kelihatan semakin muda seperti anak dara.


Terdahulu, Zizie sebelum ini telah mengurangkan jumlah foto di Instagram dan kini hanya mempunyai sebanyak lapan posting sahaja.

#Kurus #Cantik #Hot #Datin Seri Zizie Izzete #Macam Barbie #Makin Cantik #Zizie Izzete