Dah Lama Niat Sebenarnya, Dia Pun Suka” - Syanie Berhijab, Kotakan Janji Saat Diijabkabul
Mya Amri
26/02/2021 03:20 MYT
26/02/2021 03:20 MYT
Pelakon dan pelawak, Syanie Hisham, 47, membuat keputusan untuk kekal berhijab pada hari pernikahannya dengan Zahril Hafiz Mohammed Nor sejak 19 Februari lalu.
Menurut Syanie, keputusan itu sebenarnya sudah lama disuarakan kepada suaminya sejak tahun lalu.
"Saya memang ada berkongsi dengan suami (ketika itu masih berstatus tunang) mengenai keputusan nak bertudung.
“Dia ada bertanya bila nak ke arah itu. Saya bagaimanapun menjawab belum pasti lagi bila.
"Cuma saya ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia pun paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.
"Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan," katanya.
Tambah Syanie lagi, sebagai seorang isteri dia harus menjaga batas dan juga maruah suaminya.
"Apa jua keputusan saya lakukan, dia tetap menyokong," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Syanie berkata, imejnya itu tidak menjadi masalah untuk filem Hantu Kuat Ketawa yang bakal dilakonkannya.
"Secara kebetulan dan bagai dipermudahkan, filem kedua arahan Mawi yang menggandingkan saya dengan Saiful Apek itu memang watak bertudung.
"Jadi, saya 'on' saja. Insya-Allah penggambaran filem itu akan bermula 27 Februari ini. Saya sendiri teruja kerana filem komedi seram itu akan mengimbas kembali kenangan berlakon dengan Saiful Apek suatu ketika dahulu.
"Daripada zaman filem Senario, Cinta Luar Biasa, Laila Isabella dan Biar Betul, saya sebenarnya terlalu rindu untuk kembali beraksi dengan Saiful Apek. Terima kasih Mawi kerana kembali menyatukan kami," katanya.
Syanie melangsungkan pernikahan kali ketiganya dengan perunding kewangan berusia 41 tahun dan berstatus duda tanpa anak itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Majlis ringkas itu berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).