Pelakon Risteena Munim meluangkan masa untuk menziarahi kubur sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey baru-baru ini.

Mengenang kembali kenangan bersama arwah Abam, kata Risteena mereka pernah digandingkan bersama banyak kali.

"Dah lama saya berhasrat untuk ziarah kubur arwah Abam. Alhamdulillah saya berkesempatan pergi ziarah.

"Banyak kali saya bekerja dengan arwah Abam. Baik sangat-sangat. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman," tulis Risteena yang turut berkongsi sepotong video sedang menziarahi kubur arwah Abam.

Salam Jumaat. Dah lama saya berhasrat untuk ziarah kubur arwah Abam. Alhamdulillah saya berkesempatan pergi ziarah. Banyak kali saya bekerja dengan arwah Abam. Baik sangat-sangat. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin YRA. Al-Fatihah~ #kitabaikramaisayang

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on


Risteena yang berpakaian serba hitam kelihatan sebak sambil duduk berdoa di samping kubur arwah.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada awal Februari lalu akibat demam panas.

Abam meninggalkan seorang balu, Siti Norhidayah dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Saksikan karya lakonan Risteena yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!