Berita
"Dah Lama Tak Buat Ni..." - Awal Buat Kejutan Hari Kekasih Untuk Scha
Sempena menyambut Hari Kekasih, pengacara Awal Ashaari telah membuat kejutan istimewa untuk isterinya, Scha Al- Yahya semalam.
Awal tidak dapat menyambut Hari Kekasih bersama Scha hari ini kerana perlu terbang ke New Zealand, namun ia bukan alasan untuk membuat isterinya rasa istimewa dan disayangi.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Awal memuat naik sebuah video dia menyembunyikan hadiah berupa barang kemas jenama Swarovski di bawah bantal isterinya.
Menurut Awal, ia adalah cara yang selalu dilakukan sebelum ini untuk isterinya, namun sudah lama tidak berbuat demikian.
"Hari kekasih dah nak tiba tetapi saya tiada di Kuala Lumpur.
"Jadi saya ada hadiah untuk Scha yang tidak sempat untuk dibalut.
"Saya nak buat perkara yang selalu saya buat sebelum ini tapi dah lama tak buat ini.
"Saya akan sorok hadiah ini di bawah bantal dan buat-buat seperti saya tidak tahu apa-apa.
"Nanti biar dia jumpa sendiri," katanya dalam video tersebut.
Rata-rata peminat memuji Awal dan merasakan suami yang sangat romantik dan 'sweet' .
Scha kemudian telah memuat naik video yang memberitahu dia sudah membuka hadiah tersebut dan gembira dengannya.
Foto/video: Instagram Awal Ashaari
Must-Watch Video