Hiburan

“Dah Lama Tunggu Siti Untuk Muncul Di AJL.. Terasa Sedikit Rugi & Kecewa” – Pengurus Siti Nurhaliza

gempak
Zulaikha Yusof
10/02/2020
03:03 MYT
Sponsor Banner
“Dah Lama Tunggu Siti Untuk Muncul Di AJL.. Terasa Sedikit Rugi & Kecewa” – Pengurus Siti Nurhaliza
Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak beranggapan detik keemasan kemunculan Siti di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) telah berubah menjadi satu kerugian.
Dedah Rozi dia sudah berulang kali memberi peringatan soal mikrofon ketika berada di belakang pentas.
“Kita tengok di seluruh media sosial, rata-ratanya bercakap tentang mikrofon Siti. Saya pun perasan kejadian itu di awal kemunculan Siti tapi selepas itu semuanya okey.
“Cuma kita dah lama tunggu Siti untuk muncul di AJL jadi peluang yang hanya beberapa minit ini terasa sedikit rugi dan kecewa.
“Ketika saya berada di belakang pentas, banyak kali saya ingatkan supaya pastikan mikrofon ‘on’. Kami bukan tak ‘reheasal’, kami buat cuma orang lain yang pergi dan ‘check’ mikrofon,” katanya menerusi akaun Youtube Siti Official.
Dalam pada itu, Rozi menyifatkan kesilapan yang terjadi berpunca daripada masalah teknikal stesen televisyen tersebut.
“Saya rasa ini adalah masalah teknikal daripada pihak stesen televisyen. Mungkin selepas ini kena lebih waspada.
“Benda dah jadi tak boleh buat apa. Saya tahu ramai yang kecewa dan marah. Saya harap untuk program siaran langsung yang lain akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Saya pun kecewa sebenarnya tapi takpalah saya positif saja,” katanya lagi.
Terdahulu, penyanyi kesayangan negara membuat kejutan muncul di AJL34 malam tadi.
Namun ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mikrofon Tok Ti tidak berfungsi sewaktu penyanyi nombor satu negara itu memulakan nyanyian.
BACA: Tokti Buat Kejutan, Peminat Marah Mic Tak Berfungsi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024