Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang masih lagi ingkar untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ernie meluahkan isi hatinya menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Ernie walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) belum dilaksanakan (semalam) sudah ada yang degil dan tidak mempedulikan arahan PKP sebelum ini.

“Why guys. Kes menaik sudah dua hari. Sebelum ni 30 lebih, tersenyum sendiri. Hati berkata, yes, kita akan menang.

“Tapi, hari ni, kes sudah 100 lebih. Termenung kejap. Buka media social, nampak banyak sangat video orang orang yang keluar seolah-olah PKP sudah tamat.

“Restoran Mamak tu pun favorite saya. Semua orang rindu nak makan nasi kandar, semua rindu nak keluar dengan family. Rindu even nak keluar berdua je dengan family.

“Kalau kita lawan sikit lagi, agaknya semua boleh raya macam dulu. Macam last year. Dapat masak rendang ketupat gathering with everybody, even dapat SALAM BERSALAMAN BERMAAF MAAFAN!

“Semua orang ada plan, semua ada cita-cita yang nak dikecapi tahun 2020 ni, tapi itu boleh dicapai kalau kita semua SEPAKAT!

“Tolong, paling senang nak buat sekarang ni saya rasa bila salah seorang ahli keluarga anda nak keluar, mainkan peranan anda. Katakan TIDAK. Tolonglah. It's the least we can do. Kita dah lakukan dengan baik sebelum ini guys.

“Why... Kita semua dah 40++ hari duduk rumah, takkan sikit lagi tak boleh tahan?

“Cuba bayangkan kalau nanti drag sampai bulan 12? Cuba bayangkan. Saya tak boleh. Jadi tolonglah. Mainkan peranan anda. Please,” luahnya.

WHY.. Why guys. Kes menaik sudah dua hari. Sebelum ni 30 lebih, tersenyum sendiri. Hati berkata, yes, kita akan menang. Tapi, hari ni, kes sudah 100 lebih. Termenung kejap. Buka media social, nampak banyak sangat video orang orang yg keluar seolah olah PKP sudah tamat. Restoran Mamak tu pun favorite saya. Semua orang rindu nak makan nasi kandar, semua rindu nak keluar dengan family. Rindu even nak keluar berdua je dengan family. PKPB ini belum lagi start, hari ni saya hilang kata kata. Kalau kita fight sikit lagi, agaknya semua boleh raya macam dulu. Macam last year. Dpt masak rendang ketupat gathering with everybody, even dapat SALAM BERSALAMAN BERMAAF MAAFAN! Semua orang ada plan, semua ada cita cita yang nak dikecapi tahun 2020 ni, tapi itu boleh dicapai kalau kita semua SEPAKAT! Tolong, paling senang nak buat sekarang ni saya rasa bila one of your fam members nak keluar, play your part. Say NO. Please. It's the least we can do. We were doing so well guys. Why.. kita semua dah 40++ days duduk rumah, takkan sikit lagi tak boleh tahan? Cuba bayangkan kalau nanti drag sampai bulan 12? Try to imagine that. I can't. So please. Do our part. Please.

A post shared by @ erniezakri on


Terdahulu, kerajaan telah memaklumkan perlaksanaan PKPB bermula hari ini.