Dah Lepak Sikit Punya Lama, Cik Manggis Kongsi Reaksi Comel Kaka Azraf- “Eh You Dah Pakai Tudung?”

Mya Amri
Januari 21, 2021 08:50 MYT
Anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis mengimbas kembali momen manis sewaktu hari pertama memakai hijab.
Menerusi akaun Instagramnya, Cik Manggis berkongsi reaksi comel sahabatnya, penyanyi Kaka Azraf sewaktu mereka meluangkan masa bersama.
Menurut Cik Manggis, walaupun sudah lama berbual namun Kaka masih belum perasan mengenai penampilan dirinya.
“Imbas kembali waktu hari pertama berhijab. Ketika ini ada meeting dengan @kakaazraff. Sejam lebih lepak, waktu nak selfie lepas itu baru dia perasan ‘eh you dah pakai tudung?’
“Biar betul dia ni... Punya lah lama dia duduk tenung muka kita, boleh pula dia tak perasan. Ajaib betul! Lepas tu dia yang teruja sepanjang hari. Haha! Missing all your good vibes Kaaaa!” tulisnya.
Terdahulu, Cik Manggis mengambil keputusan untuk berhijab pada Julai tahun lalu.
Menurutnya keputusan itu datang dengan rela hati tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
#Berhijab #Cik Manggis #Kaka Azraf