Bazli turut berkongsi foto tersebut di akaun Instagram (IG) peribadinya.
Menurut Bazli yang ketika itu sedang bekerja dihubungi isteri di rumah yang anaknya luka akibat jatuh dan terkena bucu di dinding.
Tanpa berlengah lagi, Bazli terus bergegas ke hospital tempat anaknya dikejarkan.
Saat melihat keadaan anaknya itu, Bazli sempat menyamakan Affan seperti anak di Syria yang sedang ditimpa peperangan.
Namun, Bazli positif menerima keadaan anaknya itu kerana berpendapat anaknya sedang melalui proses pembelajaran hidup.
Rata-rata peminat dan pengikut IG turut mendoakan agar anaknya segera sembuh
Foto: Instagram Bazli