Laman Utama

Dah Macam Beli Kereta! Jam ‘Samurai’ Ini Dijual Pada Harga...

gempak
Hanafis Haris
06/08/2020
08:59 MYT
Sponsor Banner
Dah Macam Beli Kereta! Jam ‘Samurai’ Ini Dijual Pada Harga...

Jika ditanya jenama jam paling popular di Malaysia mungkin G-Shock antara sebahagian daripadanya.

Jam ini mempunyai pengaruh yang kuat khususnya buat golongan lelaki.

Namun, tahukah anda jam ini bakal mengeluarkan edisi khas yang berharga seperti sebuah kereta?

Difahamkan, jam berkenaan dikenali sebagai MRG-B2000SH Shougeki-Maru dan rekaannya diinspirasikan daripada helmet tradisional kabuto yang dipakai oleh kebanyakan samurai Jepun.

Jika dilihat dengan teliti pada bahagian tepi ‘bezel’ jam ini, ia banyak menggunakan elemen naga.

Ukiran ini hasilkan sendiri oleh tukang besi dikenali sebagai Masao Kobayashi.

Tambah menarik, jam mewah ini juga disertakan dengan teknologi ‘bluetooth’ yang membolehkan pengguna menyambung dengan telefon pintar.

Malah, hanya 400 unit saja dikeluarkan untuk pasaran.

Harga jam ini pula dijual pada harga $ 9,720 USD (RM40,000).

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live