Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Dah Macam Dalam Komik Jepun, Kafe 2D Korea Akhirnya Muncul Di Malaysia!

Hanafis Haris
16/04/2019 06:28 MYT
Sekali imbas mungkin anda sangka kafe ini terletak di Jepun. Jangan silap kerana ia hanya lah terletak di Sunway GEO Avenue, Subang Jaya.
 
Malah 2D Bubble Tea Cafe ini mungkin antara kafe pertama yang mengetengahkan konsep 2D di Malaysia. Difahamkan ia adalah pemilik sama kafe La Fleur berkonsepkan unicorn yang pernah tular di media sosial sebelum ini.
 
Jika anda berkunjung ke kafe ini, terdapat dua konsep diketengahkan iaitu barat dan asia. Namun paling menarik perhatian pastilah konsep ala Jepun ini.
 
Pengunjung akan merasai pengalaman seolah-olah sedang melangkah masuk ke dalam rumah Jepun. Bukan itu sahaja, meja Jepun turut digunakan untuk mengetengahkan tema ini.
 
Anda boleh lihat gambar di bawah, Insta-worthy habis!
  Buat masa ini, ia dibuka seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Malah pelancaran 2D Bubble Tea Cafe ini mungkin akan diadakan pada hujung bulan ini.
 
Sumber: Iamlejen
 
#Korea #Tular #Kafe