Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Dah Macam Ghost Rider!” - Episod Dua Kampong Pisang Bersiri-siri Sarat Elemen Seram, Kelakar & Sedih

Azwa Rahman
15/12/2020 04:22 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton malam tadi dengan kisah hantu rempit.

Diarahkan oleh sutradara terkenal Mamat Khalid, episod kedua ini menampilkan penyanyi Hazama sebagai Firdaus yang menjadi hantu rempit.

Episod kedua ini turut melibatkan TJ Isa sebagai Khuda yang menjadi punca kepada permasalahan orang kampung dengan amalan khurafatnya.

Kehadiran bomoh Chomprak juga tidak membantu menyelesaikan masalah hantu rempit yang menganggu penduduk kampung.

Kehadiran ibu dan bapa Firdaus iaitu Kak Som yang dilakokan oleh Elly Suriaty dan Pak Karim (Mat London) di kawasan kubur berjaya membuatkan hantu Firdaus lembut hati dan pulang ke tempat asalnya.

Meninjau ke laman Twitter, ramai wargamaya bersetuju yang episod kedua ini cukup memberikan elemen seram, kelakar dan sedih.

#kampongpisangbersirisiri episod monyet rempit bukan kaleng2 weh! Rugi kalau korang tak tengok,” komen seorang wargamaya.

#kampongpisangbersirisiri episode 2 is about a rempit ghost aka ghost rider hahahah,” kata seorang wargamaya.

“Haritu scam jual ayor sebotol rm2. Ni juai tangan kera sepasang 5 ribu. Kudha oh kudhaaaa #KampongPisangBersiriSiri,” luah seorang wargamaya.

“Macam macam perasan ada bila tengok #KampongPisangBersiriSiri. Seram ada kelakar ada happy ada nak sedih pun ada. Pi lah korang tengok okay!” tulis seorang wargamaya lagi.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).

#Hazama #mamat khalid #Kampong Pisang Bersiri-siri