Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Dah Macam Pondan Dah” - Netizen Kritik Gambar Intan Najuwa Berskirt Mini Ala Tuala

Izwan Isa
04/10/2021 03:50 MYT
Pernah diselar netizen sebelum ini kerana mengenakan pakaian yang agak seksi pada bulan Ramadan, pelakon Intan Najuwa sekali lagi dihenyak kritikan pengguna sosial selepas berkongsi beberapa keping gambar menerusi gambar di Instagram baru-baru ini.

Menerusi gambar yang dimuat naik, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, itu dilihat mengenakan kemeja putih lengan panjang yang dipadankan dengan sehelai skrit mini paras paha bercorak segi empat rona kelabu.

Begitupun, padanan fesyen pelakon yang popular dengan drama Tak Sempurna Mencintaimu itu dilihat kurang sopan di mata khalayak.

Menerusi komen yang dikutip daripada sebuah forum hiburan, seorang pengguna platform berkenaan menyifatkan Intan sebagai menggayakan trend yang salah.



“Trend sekarang orang dah tutup litup lah dik oi. Kau silap ni,” tulis pengguna forum berkenaan sambil meletakkan emoji tertawa.

BACA: Digelar ‘Gold Digger’ Dengan Netizen, Ini Jawapan Intan Najuwa… Padu!

Selain itu, ada juga yang mempersoalkan riak wajah Intan yang dikatakan agak kaku ketika mengambil gambar.



“Kenapa sheols ambil gambar keraskan muka? Dah macam pondan dah. Lek lek (rilek) sudah bukan Tyra Banks nak kritik pun,” tulis seorang lagi pengguna forum berkenaan.

Bagaimanapun, ada juga pengguna yang dilihat mengkritik semula netizen yang gemar menyelar artis di media sosial.



“Keliru aku dengan komen-komen orang yang tertekan sebab artis tak dengar teguran mereka. Tak suka unfollow sahajalah. Macam susah betul nak takan butang unfollow itu,” katanya.

Meninjau ruangan komen di Instagram, ramai antara pengikut Intan yang menasihat pelakon kecil molek itu supaya menjaga aurat dan penampilan.



Ada juga yang secara berseloroh menyifatkan skirt mini Intan itu sebagai kain pelikat dan tuala.

Sebelum ini, terdapat pengguna Instagram yang menegur Intan kerana mengenakan baju tidak cukup benang. Menurut pengguna Instagram tersebut, Intan tidak boleh dijadikan isteri. Namun, Intan secara selamba memberikan jawapan: “Saya lagi tidak ingin jadi isteri kamu,” balasnya.
#Seksi #Intan Najuwa #Mini #Kritikan #Skirt
;