"Dah Nak Masuk 3 Bulan, Sekali Masa Check Up Hari Tu Doktor Bagitau Adik Eya Tak Bergerak Lagi" - Jep Sepahtu

Rozaimi Zubaidi
Februari 18, 2019 05:06 MYT
Penyampai radio dan pelawak Jep Sepahtu memaklumkan isterinya, Sari Yanti akan menjalani pembedahan hari ini selepas anak kedua yang berada dalam kandungan tidak bergerak lagi.
Menerusi entri di Instagram, Jep berkongsi kisah sedih itu kepada pengikutnya dan berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya.
"Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik.
"Adik Eya dah nak masuk 3 bulan dah. Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik Eya tak bergerak lagi dah.
"Doakan mama Eya selamat operation harini ya. @sariyanti @dariyainaraofficial," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata berharap agar segalanya akan dipermudahkan dan mendoakan kesihatan Sari Yanti yang akan menjalani pembedahan hari ini.
Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Dariya Inara.
#Pelawak #Jep Sepahtu #Sari Yanti