“Dah Nampak Shape” Nak Kurus, Vicha Tekad Mulakan Workout
Mya Amri
08/07/2020 09:00 MYT
08/07/2020 09:00 MYT
Pelakon dan hos Rumah No 107, Vicha bertekad untuk mengurangkan berat badannya.
Untuk menjayakan misi mencapai berat badanya g diidamkan, Vicha kini mengambil inisiatif untuk kekal aktif dengan melakukan senaman.
Menerusi akaun Instagramnya, Vicha juga berkongsi beberapa foto yang merakamkan dirinya melakukan aktiviti tersebut.
Menariknya melalui foto-foto itu, pengikutnya sudah mula perasan mengenai perubahan bentuk badannya yang nampak sedikit mengecil.
Bahkan diruangan komen juga ada yang menegur badan Vicha sudah mula mempunyai lekuk.
“Wow wow macam dah nampak shape je ni. Tahniah Vicha,” puji Anis Diana.
Dalam pada itu, pengikut yang lain juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat buat Vicha.
Terdahulu, Vicha mengakui tertekan dengan berat badannya yang sudah mencecah sehingga 128.4 kilogram (KG).
BACA: “Kadang Saya Stres Sendiri Dengan Berat Badan Ni" - Vicha Kongsi Berat Lebih 128 KG, Dah Buat Macam-Macam Tapi...
Dalam perkembangan terbaharu, Vicha kini terlibat dengan program terbaharu Rumah No 107 bersama
Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak dan Ropie.
Saksikan episod penuh Rumah 107 setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.