“Dah Order Kat...”- Ini Jawapan WIN Awal Ashaari Bila Netizen Suruh Tambah Anak

Syafiqah Jalal
Mac 15, 2019 02:12 MYT
Pengacara Awal Ashaari memberi respon terhadap netizen yang bertanyakan soal menambah anak selepas mendakwa anaknya, Lara Alana perlukan seorang adik.
Awal dengan selamba menjawab anaknya (kedua) sudah ditempah menerusi sebuah aplikasi membeli belah online popular.
Komen itu diturunkan di sebuah foto Awal yang bergambar bersama isterinya Scha Al-Yahya menerusi akaun Instagram Awal.
Sementara pengikutnya yang lain juga terhibur dengan komen balas Awal dan cuba membuat lucu dengan jawapan tersebut.
Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 5.
#Anak #Scha Al-Yahya #Awal Ashaari #Lara Alana