Laman Utama

“Dah Putus Tunang & Jadi Kahwin...Bercinta Dengan Perniagaan Lebih Menenangkan” - Joy Revfa

gempak
Mya Amri
10/12/2021
04:14 MYT
Sponsor Banner
“Dah Putus Tunang & Jadi Kahwin...Bercinta Dengan Perniagaan Lebih Menenangkan” - Joy Revfa
Usahawan kosmetik, Joy Revfa mengaku tidak serik untuk berkahwin andai kata dipertemukan jodoh dengan lelaki yang tepat.
Walaupun pernah mengalami kegagalan sebanyak dua kali dalam berumah tangga, namun Joy percaya dengan hikmah disebalik ketentuan Tuhan.
Ikutkan jika ada yang masih ingat, pemilik empayar perniagaan MERVE Cosmetics Malaysia yang berdaftar di bawah nama MERVE Group Holdings Berhad ini pernah melangsungkan pertunangan dengan jurulatih kecergasan bertubuh 'sado' sekitar Mac tahun lalu.
Namun hakikat sebenar, hubungan dengan jejaka misteri itu juga tidak berkesudahan dengan penamat indah.
"Sepatutnya kami berkahwin tahun lalu. Tapi akhirnya saya nekad membatalkan perkahwinan itu kerana rasa tidak serasi dengannya.
“Saya akur dengan ujian hidup ini. Kita mungkin takkan dapat apa yang diingini. Tuhan akan menguji tak pernah berhenti. Pilihan yang ada ialah untuk terus kuat.
"Sekarang saya masih single. Bercinta dengan perniagaan sayalah lebih menenangkan. Saya pun belum berniat untuk berkahwin.
“Saya bahagia dengan menumpukan sepenuh kudrat dan hati ini kepada syarikat dan anak.
"Jika Allah hadirkan jodoh lagi selepas ini, insya-Allah saya terbuka menerimanya. Tak ada istilah serik.
“Manusia dilahirkan berpasangan. Saya tak menolak fitrah itu. Kita hanya mampu merancang, selebihnya ketentuan Tuhan.
"Jujur ada berkawan dan berkenalan. Ada yang atas paksi profesional. Ada juga yang cuba menambat hati. Tapi entahlah... saya pun tak mahu larut dengan perasaan sebegitu dulu," katanya.
Baru melancarkan koleksi gincu dipanggil BlackRevfa, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin diaju persoalan bagaimana terus bangkit selepas berdepan dengan kemelut hubungan tak berpanjangan.
"Perceraian dengan bekas suami menerusi perkahwinan kedua sudah hampir empat tahun. Perkahwinan pertama pun bertahan dua tahun.
"Saya terus bangkit dan segera 'move on' demi anak tunggal. Malah perasaan itu turut didorong keinginan yang sangat kuat dan rasa bertanggungjawab nak membantu lebih ramai wanita termasuk ibu tunggal seperti saya di luar sana lebih berjaya," katanya.
Tambah Joy, dia tidak menafikan tanggungjawab semakin besar apabila menjadi ibu dan ayah kepada anaknya sekali gus menguruskan empayar perniagaan.
"Namun saya anggap ketidaksempurnaan itu lah yang akan menyempurnakan diri sendiri. Tak ketinggalan sokongan, motivasi dan kerjasama padu daripada keluarga dan pasukan di dalam syarikat berikan suntikan semangat setiap hari.
"Saya bagai beroleh kekuatan dan ingin mencabar diri menjadi yang terbaik. Menjadi ibu tunggal, ada dua perkara yang harus kita hadapi iaitu harus lawan dan kalahkan apa juga cabaran mendatang. Ia bertitik tolak kepada rasa takut dan tak mampu.
"Kita diciptakan untuk mewujudkan kemuliaan Allah SWT dan memanfaatkan kelebihan yang ada dalam diri kita.
“Percayalah setiap kelebihan bukan ada pada sesetengah orang tapi ada di setiap dalam diri kita. Cubalah cari, anda pasti akan jumpa," katanya.
Dalam perkembangan lain, kehadiran gincu edisi terhad yang juga produk ke-30 dikeluarkannya terus membuatkannya tak menang tangan.
"Saya sifatkan ia sebagai misteri kerana menampilkan gincu yang bagai ada elemen magis. Ia berwarna hitam, namun apabila dioles atau dipakai di bibir, sekelip mata berubah menjadi merah semula jadi yang cantik dan mengghairahkan.
"Baunya juga sangat 'lazat' dan menyenangkan. Ia boleh bertahan selama 24 jam. Ia bukan saja boleh dioles di bibir, malah berfungsi pelbagai untuk digunakan di pipi, hidung, kelopak mata, kuku dan sebagainya. Gincu ini juga boleh merawat bibir merekah, kering, kusam, kesat dan gelap,” katanya.
Koleksi BlackRevfa ini boleh didapati melalui laman web rasmi di pautan http://www.mervecosmetics.com.my/
Gincu berkualiti antarabangsa ini boleh dijual dengan harga mampu dimiliki serendah RM59.90.
Sebelum ini, Joy pernah terpalit dengan kontroversi sekitar 2017 lalu apabila perkahwinan keduanya dengan seorang penyanyi ketuhanan, Hafiz Hamidun hangat diperkatakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live