Hari Raya bakal muncul tidak lama lagi dan kali ini tiba giliran Miss Universe 2011 Deborah Henry dan pelakon Fyza Kadir memeriahkan gaya fesyen lebaran.

Kedua-dua jelitawan ini tampil dengan pelbagai koleksi raya terbaru daripada Larney.

Bertemakan Into The Light by Larney, koleksi ini bagaikan sambungan kepada mesej yang disampaikan pada tahun 2020.

Namun, tahun ini ia tetapi sarat dengan tema optimis dan harapan lebih bersinar.

Menurut pengasasnya, Zura Zabidi Sebanyak 20 rekaan baru bakal diperkenalkan untuk tahun ini.

“Orang ramai boleh memilih daripada rekaan santai serta mudah seperti kaftan dan kurung Kedah, sehinggalah ke rekaan yang lebih dramatik dan moden seperti tulle mini kurung yang sememangnya bagaikan sudah sinonim dengan jenama ini.

“Antaranya termasuklah Recover Lace Kurung, Rebirth Caftan, Relive Lace Kebaya, Recreate Kurung Kedah, Rebalance Pareo Kurung dan Revamp Puffed Kurung.

"Into The Light sebenarnya ​terbahagi kepada dua segmen. Segmen pertama adalah rekaan-rekaan baru dengan siluet yang segar, manakala segmen kedua pula adalah terdiri daripada rekaan-rekaan popular yang dibawakan semula dengan warna-warna yang baru. Sebagai contoh, rekaan Lockdown Kurung yang kini diberi nafas baru dan dinamakan Lockdown 2.0 Kurung,” katanya.

Jelasnya, pemilihan Deborah Henry dan Fyza Kadir untuk membintangi kempen ini menggambarkan semangat keseluruhan koleksi ini.

“Bukan sahaja dikenali sebagai jelitawan yang versatil, mereka berdua adalah wanita berkeyakinan tinggi, dan berjaya mengimbangkan perihal kerjaya serta peribadi dengan begitu baik.

“Saya sendiri amat mengagumi kekuatan, kesabaran dan ketabahan mereka dalam menempuhi cabaran hidup. Justeru saya menganggap pemilihan mereka amat bertepatan sekali untuk mewakili jiwa koleksi Into The Light by Larney”, katanya.

Tambahnya, rekaan-rekaan ini bolehlah didapati daripada laman sesawang LARNEY di www.larney.com.my .

“Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih intim, bolehlah mengunjungi showroom LARNEY di Ampang, Isetan KLCC dan outlet Larney di Setia City Mall yang bakal dilancarkan pada 28 April, 2021,” katanya