Hiburan

"Dah Sedia Nak Balik Seremban, Tapi..." - Tak Jadi Balik Kampung, Zaquan Adha Luang Masa Bersama Anak-Anak Di Rumah

gempak
Asraf Aided
19/03/2020
05:39 MYT
Sponsor Banner
"Dah Sedia Nak Balik Seremban, Tapi..." - Tak Jadi Balik Kampung, Zaquan Adha Luang Masa Bersama Anak-Anak Di Rumah
Pemain bola sepak Kedah, Zaquan Adha akui terkilan kerana tidak pulang ke kampung halamannya di Seremban.
Menurut Zaquan, dia membatalkan hasrat untuk bertemu keluarganya di Seremban kerana penduduk di bandar dinasihati untuk tidak pulang ke kampung sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19.
Perkara itu dikongsi Zaquan menerusi entri di akaun Instagram miliknya semalam.
"18 Mac, ceritanya semalam dah ready nak balik Seremban, memang lama dah rancang nak balik jumpa keluarga dengan mak di Seremban.
"Tiba-tiba mereka umumkan lebih baik untuk kekal berada di rumah sebab masalah wabak COVID-19, tak ada rezeki nak jumpa mak dan keluarga, mungkin ada hikmah," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Zaquan menambah, dia telah merancang aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anaknya sepanjang berada di rumah.
"So daddy pun rancang aktiviti yang boleh gembirakan anak-anak daddy, so maybe korang yang ada keluarga dan anak-anak boleh try buat macam ini dekat rumah okay, selamat bercuti dan jaga keselamatan untuk anda semua," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Zaquan meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan tindakannya itu.
Baru-baru ini, orang ramai dilihat pulang ke kampung bersempena Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan.
Tindakan sebegitu tidak digalakkan kerana berpotensi untuk menyebarkan jangkitan wabak COVID-19 kepada ahli keluarga dan invidu sekeliling.
Mari kita sama-sama menunaikan tanggungjawab terhadap negara dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, kekal berada di rumah dan keluar ketika perlu sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live