Laman Utama
“Dah Sedih-Sedih Lepas Tu Sempat Selit Promosi Produk!” – Ramai Tak Setuju Aliff Syukri Guna Video Arwah Wanie Comel
Usahawan produk sekali lagi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warga net selepas memuat naik video mempromosikan produk menggunakan wajah Allahyarham Wanie Comel.
Aliff menerusi sebuah hantaran semalam memuat naik video yang telah disunting memaparkan kenangan bersama Allahyarham termasuk pertolongan yang telah diberikan.
Namun di penghujung video, Aliff telah bertindak mempromosikan produk pelangsingan badan dan ditegur warganet.
Rata-rata meminta Aliff memadam video tersebut dan menganggap perbuatan itu ‘tidak kena gaya’ seolah-olah sedang mengaut keuntungan di atas kesedihan orang lain.
“Al-Fatihah…Mmm…Sempat lagi promote...Ikhlas or tak hanya Allah tahu.”
“Dah sedih-sedih lepas tu sempat selit promosi produk!,”
“Sedih tengok video time dengan arwah. Tapi kenapa sempat promote product? Allahu.”
Antara komen tidak puas hati yang ditinggalkan warganet pada ruangan komen.
Video tersebut setakat ini telah ditonton lebih 500,000 kali dengan 1,129 komen.
Wanie Comel, seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam, 19 Ogos lalu akibat jangkitan Covid-19.
Must-Watch Video