Laman Utama

“Dah Selamat Tanam, Masa Cuci… Sayu Sebab Jari Kaki Dan Tangan Dah Terbentuk” – Dr Say

gempak
Mya Amri
27/08/2020
11:25 MYT
Sponsor Banner
“Dah Selamat Tanam, Masa Cuci… Sayu Sebab Jari Kaki Dan Tangan Dah Terbentuk” – Dr Say
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril memaklumkan perkembangan isterinya, Dr. Azura Abbas selepas kandungannya yang berusia 12 minggu keguguran.
Menerusi hantaran di Instagram pada Rabu, Dr Say memberitahu isterinya berada dalam keadaan baik dan anaknya juga selamat dikebumikan.
“Syukur Alhamdullilah janin dan uri akhirnya berjaya dikeluarkan walaupun perlu cuci (D&C). Mungkin ada yang curious “Kenapa tak tunggu janin keluar sendiri? Kenapa kena induce?”.
“Well peeps apa perasaan korang sekiranya korang pegang sesuatu yang tidak bernyawa kat tangan korang lama-lama? Mesti korang nak selesaikan, tanam secepat mungkin kan? Inikan pabila yang tidak bernyawa itu dalam badan korang sendiri.
“Atas sebab ni bini ambil keputusan nak induce untuk keluarkan kandungan, supaya dapat diselesaikan secepat mungkin.
“Alhamdullilah janin dan uri dah selamat saya tanam. Masa cuci agak sayu sebab jari kaki dan tangan dah terbentuk siap nampak terjuntai kemaluannya tapi tak apalah Allah lebih sayangkannya.
“Bila dah selesai macam ni barulah tenang untuk teruskan kehidupan. No point bersedih kerana yang pergi pasti tak akan kembali maka kehidupan harus diteruskan.
“Bila baca-baca balik komen kalian, ada yang gugur 3,4,5 kali apalah sangat kisah kami ni. Terima kasih sesangat atas perkongsian kalian.
“Whenever kita rasa susah, ingat, pasti ada di luar sana yang lebih susah dari kita dan somehow pasti kita akan rasa lebih bersyukur.
“Alhamdullilah bini dah pun dibenarkan pulang maka its time to recover dan focus kepada Ace. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak untuk sokongan dan kata-kata semangat kalian,” coretnya.
Topic : We’re Okay. Time To Move On Syukur Alhamdullilah janin & uri akhirnya berjaya dikeluarkan walaupun perlu cuci (D&C). Mungkin ada yg curious “Kenapa tak tunggu janin keluar sendiri? Kenapa kena induce?”. Well peeps apa perasaan korang sekiranya korang pegang sesuatu yg tidak bernyawa kat tangan korang lama2? Mesti korang nak selesaikan, tanam secepat mungkin kan? Inikan pabila yg tidak bernyawa itu dalam badan korang sendiri. Atas sebab ni bini decide nak induce untuk keluarkan kandungan, supaya dapat diselesaikan secepat mungkin. Alhamdullilah janin & uri dah selamat sy tanam. Masa cuci agak sayu sebab jari kaki & tangan dah terbentuk siap nampak terjuntai kemaluannya tapi its okay Allah lebih sayangkannya. Bila dah selesai macam ni barulah tenang untuk teruskan kehidupan. No point bersedih kerana yg pergi pasti tak akan kembali maka kehidupan harus diteruskan. Bila baca2 balik komen kalian, ada yg gugur 3,4,5 kali apelah sangat kisah kami ni. Terima kasih sesangat atas perkongsian kalian. Whenever kita rasa susah, ingat, pasti ada di luar sana yg lebih susah dari kita & somehow pasti kita akan rasa lebih bersyukur. Alhamdullilah bini dah pun dibenarkan pulang maka its time to recover & focus kepada Ace. Sekali lagi thank u sooo much untuk sokongan & kata2 semangat kalian. Kalian baaanyak membantu kami dalam perjalanan ni.
A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Terdahulu, Say dan Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama, Aezreil, pada 5 Mei 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live