Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Dah Sembuh Pun Tak Payah Lah Nampak Nazak Sangat!" - Bonda Rozita Sound Aliff Syukri!

Asraf Aided
30/12/2021 13:40 MYT
Ramai sudah mengetahui usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri disahkan positif wabak COVID-19 sejak pulang bercuti dari Turki baru-baru ini.

Aliff yang kini mendapat rawatan di sebuah pusat perubatan ibu kota, telah memaklumkan dia menghidap tahap tiga virus berbahaya itu.

BACA: "Takut-Takut Umur Saya Tak Panjang" - Aliff Syukri Dijangkiti COVID-19 Tahap 3 Selepas Balik Dari Turki

Namun demikian, ibunya Rozita Ibrahim (Bonda Rozita) menyelar tindakan Aliff yang disifatkan sebagai 'Raja Viral', kerana seolah menunjuk keadaan teruk di media sosial sedangkan tahap kesihatannya kini semakin baik.

"Kau memang raja viral kan! Memang Kri (nama panggilan Aliff) tahap 3, tapi dah sembuh.

"Rasa sini mak hamput kau Kri, mak sound Ida (Datin Seri Shahida), Kri mak call, DM tak jawab, semalam mak dah tegur tu faham faham lah.

"Kau jangan nak poyo sangat Syukri, kau takda kerja kat sana, tangan kau menggatal menaip bagai nak rak.

"Sejak balik, Kri sakit tapi sekarang dah sihat kan, duduk sana sorang jangan kasi orang risau, dah sembuh pun tak payah lah nampak nazak sangat," kongsinya di Instagram.

Tidak berdiam diri, Aliff tampil menulis komen di entri tersebut.

"Sampai hati mak cakap macam tu, mak tak kesian dengan kita ke? Hati saya terluka awak," responnya.

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)


Sementara di akaun Instagram miliknya, Aliff tampil memberi penjelasan terhadap tomahan segelintir pihak yang mempersoalkan tentang keadaan kesihatan dirinya yang sebenar.

"Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kepada yang telah mendoakan saya, Sebenarnya saya telah dimasukkan ke hospital 4-5 hari yang lepas, dan sekarang masih di wad hospital bukan sekadar gimik ya.

"Saya memang tak inform sesiapa waktu saya sedang lemah sebab saya pitam, terlalu sakit. Bila saya dah sedar dan beransur pulih baru saya post video itu," katanya yang berkongsi video di hospital sebelum ini.

Dalam entri sama, Aliff turut menunjukkan bukti bahawa dia menghidap COVID-19 tahap ketiga.

"Ramai juga ingatkan saya sengaja atau demam biasa, lagi lagi mak saya tu, dia tak faham saya, sebab tu saya post sekali dengan surat pengesahan COVID-19 stage 3," jelasnya.

Dalam pada itu, Aliff juga menjawab persoalan netizen tentang bilik wad yang cantik didudukinya, selain menjelaskan tentang makan buah-buahan enak ketika sedang sakit.

Jawapan kepada dua perkara itu adalah dia membayar perkhidmatan hospital swasta, manakala buah-buahan itu bukan dimakan ketika keadaannya sedang teruk.

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Dalam perkembangan lain, isteri Aliff, Datin Seri Shahida pula sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka selepas pulang bercuti beberapa hari lalu.

#Aliff Syukri #Turki #Bonda Rozita #COVID-19 #Tahap 3
;